Saturday, November 22, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid hormati keputusan MIC keluar dari Barisan Nasional

Ahmad Zahid Hamidi sedia terima keputusan MIC keluar BN dengan hati terbuka, tidak akan campur urusan dalaman parti komponen tersebut.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghormati dan bersedia menerima keputusan MIC sekiranya parti itu memilih keluar daripada gabungan tersebut.

Presiden UMNO itu menegaskan beliau tidak berhasrat mencampuri urusan dalaman MIC.

“Saya mengikuti dengan dekat apa yang telah diperbahaskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan MIC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China 2025 di Wisma MCA.

BACA: MIC teliti usul keluar BN, kekal sokong PM Anwar

Beliau menambah, “Saya menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dan kepimpinan MIC.”

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh mereka, kita dengan berlapang dada dan hati terbuka menerimanya.”

Perhimpunan Agung MIC ke-79 di Shah Alam pada Ahad lalu menyaksikan perwakilan sebulat suara menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN.

Usul itu menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa sesuai berbuat demikian serta membentuk jajaran baharu.

Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata Jawatankuasa Kerja Pusat akan meneliti usul perwakilan bagi menentukan langkah seterusnya.

Beliau menegaskan MIC kekal memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mandat beliau berakhir.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi MIC selepas Pilihan Raya Negeri Sabah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories