the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jambatan sementara dibina di Kuala Betis selepas kepala air

Jambatan sementara dibina di Kuala Betis menghubungkan 3,000 penduduk Orang Asli selepas jambatan asal runtuh akibat kepala air

KEPALA AIR: Sebuah jambatan sementara telah dibina merentasi Sungai Peralong di Kuala Betis bagi menghubungkan lebih 3,000 penduduk Orang Asli.

Penduduk dari Pos Tohoi, Pos Simpor dan Pos Gob yang terputus hubungan selepas jambatan asal runtuh kini boleh menggunakan jambatan baharu untuk urusan harian.

Penghulu Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis Rodzi Asod berkata jambatan sementara itu sering tenggelam ketika hujan lebat dan runtuh setiap kali berlaku kepala air.

“Kami berharap akan ada peruntukan untuk membina laluan baharu yang lebih selamat tanpa perlu berkongsi laluan dengan kenderaan berat,” katanya.

Beliau menjelaskan jambatan asal dibina oleh syarikat balak 40 tahun lalu untuk kenderaan berat syarikat berkenaan.

Sejak itu jambatan tersebut menjadi laluan utama penduduk setempat.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati laluan telah dibaik pulih dengan pembinaan jambatan sementara.

Jambatan baharu itu boleh dilalui semua jenis kenderaan ringan termasuk kereta, motosikal dan kenderaan pacuan empat roda. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings