the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AIR2040 diteruskan, tumpu pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan untuk mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan melalui kerjasama strategik dalam penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI).

“Kerjasama dengan kerajaan negeri juga akan diteruskan bagi memastikan kapasiti dan kecekapan bekalan air sejajar dengan peningkatan kawasan perumahan serta permintaan industri,” katanya ketika membentangkann Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata di bawah pelan tersebut, inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan terus dilaksanakan.

“Ikhtiar ini sejajar dengan usaha memperkukuh kemampanan syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan,” kata beliau- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings