the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia mulai 19 Januari

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes menerusi catatan di LinkedIn hari ini berkata Capital A akan mengemukakan permohonan untuk keluar daripada status PN17 pada hari yang sama, dengan perbicaraan mahkamah terakhir dijadualkan pada 21 Januari.

“AirAsia akan menjadi satu kumpulan syarikat penerbangan dan satu jenama. Kami akan menggabungkan AirAsia X dan AirAsia sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat untuk berkembang di peringkat global.

“Dengan hab kami yang mengujakan di Bahrain, kami akan mewujudkan edisi tambang rendah di Emiriah Arab Bersatu dan Qatar serta meliputi semua benua,” katanya.

Fernandes berkata syarikat itu sedang memuktamadkan tempahan pesawatnya, yang akan mengurangkan kos dan meningkatkan margin melalui perancangan kumpulan pesawat yang lebih baik.

Sementara itu, Capital A dalam kenyataan berkata, melalui penstrukturan semula yang hampir selesai, kumpulan itu akan meningkatkan penglibatan dengan penganalisis dan pelabur.

“Kumpulan bercadang untuk memulakan siri jelajah pelabur domestik dan antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk menyampaikan visi pasca penstrukturan semula berpacukan lima perniagaan teras — penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, logistik, agensi pelancongan dalam talian, makanan dan minuman serta penjenamaan,” katanya.

Selain itu, Capital A merancang untuk menganjurkan Hari Pelabur selepas berakhirnya suku keempat, apabila prestasi syarikat pada 2025 dapat dilihat dengan jelas dan menyeluruh berdasarkan keputusan yang belum diaudit.

Katanya langkah itu bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai segmen perniagaan kumpulan, keutamaan kewangan dan pelan penciptaan nilai jangka panjang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings