the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan sedang selesaikan prosedur pengambilan 200 bekas tentera bagi perkasa kawalan sempadan darat, laut dan udara.

PELABUHAN KLANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sedang melengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata langkah itu adalah usaha strategik bagi memastikan proses pengambilan veteran dilaksanakan secara teratur.

“Itu memang sudah diluluskan sejak belanjawan diumumkan sebelum ini. Kita dalam prosedur memenuhi pengambilan itu supaya tiada perkara berbangkit,” katanya.

Beliau berkata proses itu dilaksanakan dengan teliti bagi memenuhi setiap aspek pentadbiran dan perjawatan.

Pengambilan bekas tentera itu dijangka memberi nilai tambah besar dari segi disiplin dan pengalaman operasi.

“Pengisian jawatan itu akan membantu memperkukuh kapasiti operasi AKPS yang kini bertanggungjawab mengawal pintu sempadan darat, laut dan udara negara,” katanya.

Beliau juga telah memohon penambahan jawatan bagi AKPS Pelabuhan Klang.

AKPS turut menumpukan kepada pengukuhan sumber manusia sedia ada bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan 200 jawatan bagi pengambilan bekas anggota tentera untuk AKPS.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings