the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan ketulenan dua video tular di media sosial TikTok yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Video tersebut menggunakan teknologi deepfake untuk meniru identiti Mohd Shuhaily kononnya menyatakan sokongan terhadap pemberian bantuan tertentu.

AKPS dalam kenyataan menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap kandungan penipuan sebegini.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake, yang semakin mudah dimanipulasi bagi tujuan penipuan,” menurut kenyataan itu.

Agensi itu menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menghasilkan atau menyebarkan kandungan palsu tersebut.

AKPS sedang meneliti perkara itu dengan serius.

Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada saluran media rasmi dan laman sesawang kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings