the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

AKPS rampas benih tembikai bernilai RM141,000 di kargo KLIA

AKPS merampas 49.5kg benih tembikai bernilai RM141,143.15 di kargo KLIA kerana maklumat import mengelirukan pada permit MAQIS

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 49.5 kilogram benih tembikai bernilai RM141,143.15 di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Rampasan itu dibuat menerusi pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas pada tengah hari semalam.

Pemeriksaan mendapati satu konsainan mengandungi benih tembikai mempunyai butiran pengimportan yang tidak selaras dengan maklumat yang dikemukakan.

“Konsainan itu dipercayai dari Taiwan yang diimport oleh sebuah syarikat tempatan,” menurut kenyataan AKPS.

Kenyataan itu menambah, pemeriksaan mengesyaki terdapat maklumat mengelirukan dalam Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Kesemua barangan itu dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

AKS menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara.

Ini bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories