the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar akan promosi EV Perodua di sidang kemuncak G20

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PM Anwar Ibrahim akan promosikan kenderaan elektrik Perodua di sidang kemuncak G20 Afrika Selatan minggu depan sebagai ‘pegawai pemasaran utama’.

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan minggu depan.

Beliau berkata akan mengambil peluang mempromosikan EV keluaran Perodua semasa lawatan kerja ke negara berkenaan.

“Saya akan menjadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan,” katanya secara berseloroh.

Anwar menyampaikan ucapan pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini hari ini.

Semasa rangka lawatan itu, beliau turut dijadualkan membuat kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya.

“Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan bagi EV ini, namun pada masa yang sama kita mahu tembusi pasaran luar negara,” katanya.

Anwar berkata Brazil dijangka memberikan akses mudah kepada kemasukan produk Malaysia termasuk kenderaan EV Perodua.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva semasa pertemuan mereka baru-baru ini.

Pertemuan itu berlaku di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada akhir bulan lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Child protection must begin before harm occurs’ – Expert

Malaysia needs stronger support networks to protect children, including trusted adults, safe schools and community-based assistance, as many still lack reliable avenues to seek help before situations escalate, child protection experts said.

Sivasangari storms into Egyptian open semis after epic comeback

Malaysia’s S. Sivasangari reaches her first Diamond-level semi-final at the Egyptian Open 2026 after a stunning comeback win, setting up a clash with defending champion Hania El Hammamy

Most Viewed

spot_img