the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anwar dan presiden Ethiopia pacu hubungan dua hala

ADDIS ABABA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Ethiopia Taye Atske-Selassie Amde sepakat memacu hubungan dua hala dengan hala tuju baharu.

Pertemuan rasmi itu bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Anwar berkata kerjasama akan diperluas daripada bidang tradisional kepada sektor bernilai tinggi.

Beliau menyenaraikan semikonduktor, ekonomi halal dan keselamatan siber sebagai bidang strategik baharu.

“Kami sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi,” katanya selepas pertemuan.

Perdana Menteri turut menzahirkan komitmen Malaysia melalui pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di sini pada September lepas.

Langkah itu selaras dengan pengiktirafan terhadap Ethiopia sebagai hab diplomatik penting di benua Afrika.

Malaysia turut mengalu-alukan penubuhan Kedutaan Ethiopia di Kuala Lumpur.

Anwar menyifatkannya sebagai langkah memperkukuh jambatan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama dua hala.

“Semoga hubungan Malaysia dan Ethiopia terus diperkasakan dengan semangat persahabatan yang tulen,” katanya.

Lawatan ini merupakan kunjungan sulung Anwar ke negara yang dikenali sebagai “Tanduk Afrika” itu.

Ia sebahagian daripada usaha Malaysia meningkatkan hubungan dengan benua Afrika menerusi ibu pejabat Kesatuan Afrika di sini.

Lawatan itu juga bagi meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin sejak Januari 1965.

Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.

Negara ini menjadi destinasi pertama dikunjungi Anwar dalam rangka lawatan beliau ke benua itu.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta pada 2023.

Eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, meningkat 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.
spot_img

Popular Categories