the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar harap kabinet baharu Kerajaan MADANI bekerja penuh iltizam

Perdana Menteri Anwar Ibrahim harap barisan kepimpinan kabinet baharu Kerajaan MADANI bekerja dengan iltizam tinggi demi rakyat dan negara.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar barisan kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI bekerja dengan iltizam tinggi dan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata amanah yang diberi perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi menjayakan agenda pembangunan dan reformasi negara.

“Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama-sama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka,“ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio bagi menampung kekosongan dalam Jemaah Menteri.

Antara rombakan itu ialah pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Rombakan turut menyaksikan enam timbalan menteri dan seorang muka baharu dinaikkan sebagai menteri penuh.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi Menteri Belia dan Sukan yang baharu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories