the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anwar ingatkan timbalan menteri jaga hubungan baik dengan semua pihak

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ingatkan timbalan menteri baharu pelihara hubungan baik dengan semua pihak, perkasakan komunikasi untuk manfaat rakyat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengingatkan semua timbalan menteri yang baru dilantik supaya terus memelihara hubungan baik dengan pelbagai pihak.

Beliau menekankan hubungan baik perlu dijaga pada peringkat kementerian, agensi dan seluruh lapisan masyarakat.

Anwar berkata amanah dan tanggungjawab yang dipikul perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Peri pentingnya aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau menambah komunikasi yang baik selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban.

Anwar menyatakan perkara itu selepas menerima kunjungan timbalan-timbalan menteri yang baharu di Putrajaya hari ini.

Semalam, sebanyak tujuh menteri termasuk dua lantikan baharu serta lapan timbalan menteri lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

Pada Selasa lepas, Anwar mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio.

Perubahan itu berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan membuat penyesuaian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories