the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APG: Pencapaian kontinjen negara di Hangzhou membanggakan – Hannah

SERDANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan Malaysia pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini, walaupun beberapa nama besar terlepas peluang merangkul emas.

Hannah berkata beliau mengakui beberapa atlet yang menjadi sandaran emas negara kecewa dengan kegagalan mereka di Hangzhou namun hakikatnya mereka telah mencuba sedaya upaya mengharumkan nama negara pada edisi keempat temasya sukan tersebut.

“Mereka sudah lepasi sasaran dibuat bersama Majlis Paralimpik Malaysia, jadi syabas kepada mereka.

“Kami juga akan kaji semua pencapaian atlet selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sini, hari ini.

Kontinjen negara menutup saingan di Hangzhou dengan mengumpul 39 pingat merangkumi tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat secara keseluruhan ditetapkan sebelum ini.

Bagaimanapun, rentak kecemerlangan kontinjen negara sedikit tercalar selepas dua juara Sukan Paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dari sukan olahraga serta jaguh badminton para, Cheah Liek Hou gagal menyumbang emas buat negara di Hangzhou.

Majlis penutup temasya APG 2022 akan berlangsung malam ini. – Bernama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings