Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman ranking keempat dunia statistik gelecekan, atasi Jeremy Doku Manchester City, satu-satunya wakil Asia.
KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama.
Data daripada platform statistik bola sepak Sofascore menunjukkan tonggak Johor Darul Ta’zim itu satu-satunya pemain Asia dalam senarai tersebut.
Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan.
Prestasinya itu mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya selepas beraksi dalam 52 perlawanan.
Mengungguli kedudukan ialah bintang Barcelona Lamine Yamal yang merekodkan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan.
Di tangga kedua ialah pemain Brazil Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 penampilan.
Penyerang Honduras José Mario Pinto di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.
Arif Aiman kini menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan yang dijalankan doktor sukan terkenal Lasse Lempaine.








