the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
25.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tegaskan reformasi mesti dilaksanakan ketika berkuasa

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar Ibrahim menegaskan perubahan perlu dilakukan ketika masih mememerintah, bukan selepas hilang kuasa, mengingatkan pemimpin agar tidak lalai.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perubahan atau reformasi harus dilaksanakan ketika masih memegang kuasa.

Beliau berkata pengalaman lepas menunjukkan terdapat pemimpin yang lantang bersuara ketika tidak berkuasa tetapi gagal melaksanakan perubahan sewajarnya setelah diberi mandat.

“Bila ada kuasa, dia punggah harta atau tidak buat apa-apa. Bila tiada ada kuasa beleter hari-hari,” katanya ketika berucap pada Hari Keluarga & Rapat Reformis Kebangsaan 2026 di Bukit Beruntung, Rawang.

Anwar menambah bahawa perubahan perlu dilakukan secara waras, bijaksana dan melalui proses rundingan bersama pimpinan parti dalam Kerajaan MADANI.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings