the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas ditemukan meninggal dalam rumah berkunci di Kamunting

Seorang wanita berusia 64 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkunci di Taman Azizul Rahman, Kamunting, Perak.

IPOH: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Azizul Rahman, Kamunting.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan daripada polis pada 1.05 tengah hari untuk membuka pintu rumah tersebut.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Tindakan operasi adalah membuka pintu rumah dengan menggunakan peralatan khas Paratech,” kata Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Shazlean Mohd Hanafiah.

Beliau berkata mangsa wanita berusia 64 tahun ditemukan di ruang tamu.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi bomba tamat pada 1.56 tengah hari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings