the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ASEAN dan EU lancar dialog alam sekitar pertama, sasarkan kerjasama iklim

LANGKAWI: Dialog Menteri ASEAN-EU mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang pertama diadakan di sini melengkapkan agenda alam sekitar ASEAN dengan kepimpinan EU dalam menetapkan sasaran iklim lebih progresif.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata dialog itu bakal mewujudkan rangka kerja kerjasama alam sekitar serta memperkukuh pembangunan kapasiti dan pemindahan teknologi.

Beliau menyatakan dialog tersebut akan meneroka sinergi dalam menangani cabaran bersama termasuk pencemaran plastik, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim.

“Daripada inisiatif ekonomi kitaran kepada perlindungan alam sekitar marin, agenda kita hari ini mencerminkan keluasan dan kedalaman kerjasama yang boleh dicapai antara kedua-dua rantau,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.

Johari menekankan cabaran yang dihadapi menuntut tindakan kolektif yang melangkaui sempadan geografi untuk menangani isu alam sekitar.

Pesuruhjaya Eropah bagi Iklim Wopke Bastiaan Hoekstra menegaskan semula komitmen EU untuk kekal sebagai rakan dipercayai dalam memperkasa tindakan iklim.

Beliau menekankan keperluan mendesak kerjasama lebih erat dengan ASEAN bagi menangani cabaran alam sekitar global.

“Perubahan iklim akan terus memberi kesan kepada setiap pelosok bumi dan ia perlu menjadi keutamaan utama, malah memerlukan tindakan segera,” katanya pada dialog itu.

Hoekstra menyatakan 2024 merupakan tahun paling panas dalam rekod dan pertama melepasi paras 1.5 darjah Celsius berbanding era pra-industri.

Beliau menggesa semua pihak menetapkan aspirasi yang lebih berani dalam menangani perubahan iklim.

Mesyuarat Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 selama tiga hari menghimpunkan menteri alam sekitar ASEAN dan pegawai kanan bagi membincangkan kerjasama serantau.

Dialog tersebut dipengerusikan bersama Malaysia dan Kesatuan Eropah bagi menyerlahkan komitmen kedua-dua rantau terhadap kerjasama alam sekitar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings