Monday, November 24, 2025
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Asean: Timor-Leste jadi ahli ASEAN ke-11, Perjanjian Damai KL ditandatangani

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 catat dua sejarah dengan penyertaan Timor-Leste dan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR: Penyertaan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN dan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur melibatkan Kemboja dan Thailand merupakan dua sejarah baharu yang berjaya dilakar Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat.

Beliau berkata penyertaan rasmi Timor-Leste bukan sekadar simbol diplomasi tetapi hasil keteguhan Malaysia yang lama menyokongnya melalui latihan, bantuan teknikal dan pengukuhan kapasiti.

Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dengan Kemboja yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjadi titik tolak kepada berakhirnya pertikaian antara kedua-dua negara.

Tunku Nashrul berkata kejayaan itu berakar daripada rundingan damai yang dimulakan oleh Perdana Menteri pada Julai lepas.

Beliau berkata langkah berkenaan menandakan kesediaan kedua-dua negara untuk menghentikan peperangan, membebaskan tawanan dan membenarkan pemerhati ASEAN menilai pelaksanaan damai di lapangan.

Mengulas perjalanan hari kedua sidang kemuncak, beliau berkata tumpuan diberikan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau, transformasi digital, peralihan tenaga bersih dan ketahanan rantaian bekalan.

Lima sidang kemuncak utama akan berlangsung hari ini iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tunku Nashrul berkata ia menegaskan bahawa ASEAN bukan sekadar pusat untuk pertumbuhan tetapi juga pemacu kestabilan dan keseimbangan strategik di rantau Indo-Pasifik.

Perdana Menteri dijangka mengadakan beberapa pertemuan dengan rakan pimpinan lain sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Gala ASEAN.

Beliau berkata dengan momentum yang telah dibina, Malaysia akan terus menggalas amanah kepimpinan serantau dengan tekad memperkukuh perpaduan ASEAN serta memacu kerjasama yang membawa manfaat kepada seluruh rantau.

Tunku Nashrul berkata hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan semalam telah berjaya menjadi wadah untuk memperkukuh kerjasama strategik ASEAN bersama rakan-rakan strategik dan rakan dialog.

Beliau berkata sidang kemuncak itu juga berjaya memperluas sinergi dalam bidang perdagangan, digital, tenaga dan pembangunan mapan sekali gus mengangkat suara ASEAN ke tahap lebih berpengaruh di pentas global.

Semalam, Perdana Menteri telah mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Sidang Kemuncak ASEAN–Amerika Syarikat ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun ke-28, Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia ke-3 dan Sidang Kemuncak ASEAN–India ke-22 yang diadakan secara maya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hualien Launches the Magnificent 2025 Pacific Hot Spring Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 21 November 2025 - The Hualien County Government has announced that the "2025 Hualien Pacific Hot Spring Festival" will be held grandly from November 22nd to December 21st at the century-old hot spring areas: Ruisui and Antong.

AIA Unveils “On Your Side” Critical Illness Protection Series Featuring Multiple First-in-Market Coverages

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - AIA Hong Kong & Macau announces the launch of its new "On Your Side" Critical Illness Protection Series products, offering customers flexible and caring health protection solutions tailored to the diverse needs across different life stages.

ONYX Hospitality Group Launches ‘Beyond the Festivities’ Campaign for the 2025 Holiday Season

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 -ONYX Hospitality Group, one of the leading regional players in Southeast Asia, is delighted to announce the launch of its 2025 holiday season campaign, "Beyond the Festivities."

Taiwan Smart Security Alliance Launches “ACI Defense: Security and Rescue” Brand in Thailand

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - In recent years, the Thai government has been actively promoting smart city development and the Eastern Economic Corridor (EEC) initiative. As Bangkok ranks among the world's top international tourist destinations, issues such as the prevalence of firearms and persistent armed conflicts in southern Thailand have created an urgent need for disaster prevention and crime control. To address these challenges, the Taiwan Smart Security Alliance integrated 11 Taiwanese companies specializing in software, hardware, AIoT, big data, edge computing, geospatial data, and cloud services, and jointly launched the smart security brand "ACI Defense: Security and Rescue."

Most Viewed

spot_img

Popular Categories