the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azlan Man mahu urus sendiri cuti, minta syarikat pelancongan pulangkan wang

Saksi dedah Azlan Man minta dua syarikat pelancongan pulangkan wang perjalanan cuti ke London kerana mahu urus sendiri percutian keluarga

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man meminta dua syarikat pelancongan mengembalikan wang perjalanan cuti seberang laut beliau bersama keluarga dari 2013 hingga 2017.

Bekas Setiausaha Sulit Kanannya, Herwardy Hashim, berkata Azlan mahu menguruskan percutian itu sendiri.

Herwardy berkata Azlan mengarahkannya memaklumkan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd supaya memulangkan wang ke akaun bank Azlan.

Beliau berkata Aidil Travel & Tour Sdn Bhd pula diminta membuat bayaran balik ke dalam akaun bank dan secara tunai.

“Saya tidak dapat pastikan sesuatu perjalanan itu telah dilakukan atau tidak oleh Azlan,” katanya sebagai saksi pendakwaan ke-18.

Herwardy berkata beliau hanya menguruskan dokumen kelulusan cuti dan penggunaan kelayakan cuti seberang laut Azlan.

Beliau berkata Azlan mencadangkan Syarikat Sri Kedawang kerana perkhidmatannya yang baik semasa beliau berkhidmat di Wisma Putra.

Mengenai Aidil Travel & Tours, Herwardy berkata pemiliknya Abdul Rahim Halim ialah bekas rakan kongsi Shafiei Ismail dari Sri Kedawang.

“Oleh kerana saya pernah berurusan dengan Abdul Rahim sebelum ini, maka urusan lawatan ke luar negara tetap berjalan lancar walaupun syarikat berbeza,” jelasnya.

Azlan, 67, didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta.

Tuntutan itu melibatkan sebut harga tiket penerbangan ke London serta invois daripada kedua-dua syarikat pelancongan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antara Disember 2013 dan Disember 2017.

Beliau juga berdepan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017.

Wang itu didakwa diterima di beberapa lokasi termasuk cawangan Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hotel Sheraton Imperial.

Azlan turut didakwa atas lima pertuduhan pilihan kerana menyalahgunakan wang RM1.06 juta milik Kerajaan Negeri Perlis.

Kesalahan pilihan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan bersambung pada 21 Januari depan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings