the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Perlis sebabkan kerugian dianggarkan RM150 juta

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Anggaran kerugian banjir di Perlis berjumlah RM150 juta, melibatkan 38,589 mangsa. Kerja pembersihan dan bantuan NADMA sedang giat dilaksanakan

KANGAR: Anggaran keseluruhan kerugian akibat banjir di Perlis yang bermula penghujung November dianggarkan berjumlah RM150 juta membabitkan kerosakan infrastruktur, kediaman, pertanian, ekonomi setempat, kemudahan awam serta sektor pendidikan dan kesihatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Rahimi Ismail berkata angka itu lebih rendah berbanding anggaran awal sebanyak RM230 juta berikutan keberkesanan sistem Lencongan Banjir Barat yang membantu mengurangkan impak limpahan air di beberapa kawasan kritikal.

Beliau berkata jumlah keseluruhan mangsa terkesan termasuk mereka tidak berpindah ke 24 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi semasa bencana berlaku ialah 38,589 orang daripada 13,881 keluarga.

“Kemasukan air yang cepat, terutama selepas pelepasan air dari Empangan Timah Tasoh menyebabkan banyak kawasan kediaman dan sawah tenggelam,” katanya pada sidang media perkembangan terkini penilaian impak dan gerak kerja pemulihan pasca banjir Perlis di sini.

Rahimi berkata gerak kerja pembersihan skala besar dijalankan secara bersepadu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) melibatkan agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) selain polis, bomba dan tentera.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, badan beruniform, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan sukarelawan yang membantu meringankan beban mangsa banjir di seluruh negeri,” katanya.

Rahimi berkata sistem amaran dan kesiapsiagaan agensi keselamatan berfungsi dengan baik ketika banjir berlaku meskipun paras air naik dengan pantas.

Beliau berkata bantuan tunai daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada mangsa banjir telah bermula dengan kira-kira satu pertiga sudah menerima bantuan itu manakala selebihnya dijangkakan selesai dalam tempoh tiga minggu.

Selain itu, Rahimi berkata satu lokasi bagi pembinaan sebuah pusat pemindahan kekal (PPK) dikenal pasti, iaitu sekitar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau yang dijangka bermula 2026 selepas penilaian teknikal dimuktamadkan termasuk aspek kesesuaian tanah dan keperluan infrastruktur.

“Ia bagi memastikan kemudahan itu selamat untuk digunakan pada bila-bila masa bencana. Kita akan teliti semula kriteria teknikal termasuk faktor kawasan sering dinaiki air. PPK ini akan menjadi pusat penempatan utama sebelum PPS lain dibuka mengikut keperluan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings