the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
27.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan SARA bukan sekadar angka, ringankan beban hidup rakyat

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Penerima Bantuan SARA nyatakan RM100 sebulan bantu penuhi keperluan dapur, ringankan beban kos sara hidup terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah.

ALOR SETAR: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kerajaan bukan sekadar angka, tetapi inisiatif yang meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Ibu tunggal Rashdah Ramli, 50, berkata bantuan RM100 setiap bulan sejak April amat bermakna kerana dia bergantung sepenuhnya kepada anak.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya boleh beli beras yang paling penting, minyak dan barangan dapur lain,“ katanya.

Dia berkata wang bantuan itu membolehkannya mengatur perbelanjaan sedia ada untuk keperluan lain.

Peniaga kebab Khairul Anwar Mohamad menyifatkan pelbagai inisiatif bantuan membuktikan kesungguhan kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Khairul Anwar, 30, berkata bagi golongan berpendapatan rendah, bantuan berkenaan amat bernilai dalam memastikan keperluan keluarga terus terjamin.

“RM100 itu bagi kami sangat membantu, terutamanya dalam situasi sekarang,“ ujarnya.

Pekerja swasta Mohammad Ramli, 37, berkata apa sahaja program yang dapat mengurangkan beban rakyat wajar diteruskan.

“Alhamdulillah, bantuan ini memang meringankan beban,“ katanya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini berkata sebanyak 5.6 juta orang menerima SARA bulanan.

Jumlah kelayakan keseluruhan bagi 2025 mencecah RM5 billion.

Sehingga 17 Dis, hampir 5.6 juta penerima SARA telah menggunakan MyKad bagi pembelian barangan asas di premis berdaftar.

Kadar penggunaan mencerminkan 99% dengan perbelanjaan berjumlah RM4.59 billion.

Penebusan bagi Penghargaan SARA sebanyak RM100 secara sekali bayar akan berakhir pada 31 Dis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img