the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak perempuan empat tahun

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan bulan lepas.

Pembantu am berusia 38 tahun itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa kandung dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berumur empat tahun di sebuah rumah di Nibong Tebal, dekat sini antara pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang, Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu iaitu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii terhadap kanak-kanak tersebut di tempat, masa dan bulan yang sama, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Aini Yusof tidak membenarkan tertuduh diikat jamin serta menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings