the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi perempuan ditemui di hadapan tandas rumah kampung Sungai Dua

Bayi perempuan bertali pusat ditemui hidup di hadapan tandas rumah kampung Sungai Dua, Butterworth. Polis siasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan

BUTTERWORTH: Seorang bayi perempuan ditemui di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua di sini pada awal pagi Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata bayi itu masih dalam keadaan bertali pusat ketika ditemui orang awam.

Laporan diterima polis pada pukul 6.28 pagi tersebut.

Pasukan polis dari IPD Seberang Perai Utara dan Unit Forensik IPK Pulau Pinang segera ke lokasi.

Mereka mendapati bayi berkenaan masih hidup dan cukup sifat.

Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan.

Doktor mengesahkan bayi berada dalam keadaan normal dan sihat.

Bayi kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Irwan Shah Sumadi.

Hubungi talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau balai polis berhampiran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings