Monday, November 24, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beberapa jalan utama di Shah Alam ditutup akibat banjir

Beberapa jalan utama di Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir dengan 327 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

SHAH ALAM: Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam hantaran Facebook memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup laluan di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan.

MBSA turut memaklumkan Jalan Persiaran Jubli Perak berhadapan bangunan Jabatan Kerja Raya Selangor di Seksyen 17 ditutup selepas dinaiki air.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak berkuasa,” menurut hantaran itu.

Hujan lebat berterusan turut menyaksikan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air termasuk Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, Kampung Budiman dan Seksyen U14.

Lokasi lain yang terjejas ialah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, Taman Seri Muda serta Padang Jawa, Seksyen 16.

Sebagai langkah keselamatan, anggota Pasukan PANTAS MBSA menjalankan pemantauan di beberapa kawasan tumpuan banjir seperti Sungai Damansara, Seksyen 13.

Pemeriksaan mendapati berlaku kenaikan paras air tetapi pam berfungsi dengan baik.

MBSA meminta orang ramai menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811 untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir.

Setakat 3.30 petang tadi, seramai 327 mangsa daripada 109 keluarga di lima daerah terjejas di Selangor ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show A Joyful Start to The Year of The Horse

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 24 November 2025 - International film star and stand-up comedy icon Jimmy O. Yang is making a triumphant return to Galaxy Macau™, taking centre stage at the Galaxy Arena – Macau's largest indoor arena – for a spectacular night of laughter in "Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show"on February 21, 2026 (the fifth day of the Chinese New YearPresenting an exciting new variety show featuring standup by Jimmy, live musical performances, multiple special guests and other fun surprises, tickets go on sale from 11:00, December 4 , 2025; with a presale offer for Bank of China credit card holders, which will be exclusively available from 11:00, December 3 on Klook.

Most Viewed

Keeping the government on track and principled

Walking a tightrope between loyalty and accountability, Malaysia’s backbench MPs must support the government while ensuring policies meet the rakyat’s real-life challenges, says chairman of the Government Backbenchers Club (BBC), in an exclusive interview with theSun
spot_img

Popular Categories