the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
31.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas penolong pegawai MARA didakwa 25 kes pecah amanah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Bekas penolong pegawai MARA mengaku tidak bersalah atas 25 tuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM15,000 wang bayaran pinjaman empat individu

MUAR: Seorang bekas Penolong Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 pertuduhan pecah amanah jenayah.

Nor Hasmal Hazwani Mohd Kamal, 40, didakwa melibatkan wang berjumlah RM15,839.66 milik empat individu berkaitan pembayaran pinjaman MARA.

Dia didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang yang didepositkan ke dalam akaun miliknya bagi tujuan pembayaran pinjaman di bawah beberapa skim pembiayaan.

Wang berkenaan didakwa disalahgunakan untuk kegunaan sendiri.

Empat individu terbabit ialah Hamidah Mohd Zain, 55, melibatkan RM5,393; Muhammad Zakaria Rahmat, 41, (RM3,346.66); Mohd Izar Md Zan, 45, (RM4,100); dan Haslinda Hanapi, 46, (RM3,000).

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat MARA daerah Tangkak di sini antara Mac 2021 hingga November 2024.

Ia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameera Allaudeen tidak menawarkan jaminan.

Namun, pihak pendakwaan mencadangkan Nor Hasmal Hazwani diikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin jika mahkamah membenarkannya.

Syarat tambahan dicadangkan termasuk melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan pada Isnin minggu pertama.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.

Beliau memberi alasan tidak bekerja, baru melahirkan anak serta menanggung suami yang menghidap penyakit jantung.

Hakim Mohd Khairi Haron membenarkan Nor Hasmal Hazwani diikat jamin sebanyak RM22,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan juga dikenakan.

Mahkamah menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings