the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas PTD dan isteri didakwa esok, bekas PAT pada Jumaat

Bekas Panglima Tentera Darat dan isterinya akan didakwa esok atas pengubahan wang haram, manakala bekas Panglima Angkatan Tentera didakwa pada Jumaat berhubung siasatan TKAT.

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur esok.

Mereka akan didakwa dengan empat pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Hafizuddeain akan didakwa dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam pada Jumaat ini.

Isterinya pula akan didakwa dengan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Sementara itu, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Beliau akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pertuduhan itu adalah susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera.

Beliau juga akan didakwa dengan satu pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.

SPRM turut memaklumkan siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir.

Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories