the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM21.88 juta

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kastam Pulau Pinang merampas lebih 20 juta batang rokok dan minuman keras bernilai RM21.88 juta termasuk cukai dalam satu operasi di Seberang Perai.

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas rokok dan minuman keras bernilai RM21.88 juta termasuk cukai.

Rampasan itu dibuat susulan pemeriksaan ke atas tiga kontena di beberapa lokasi di Seberang Perai.

Pengarah JKDM negeri Datuk Rohaizad Ali berkata pihaknya turut menahan tiga pemandu lori warga tempatan bagi membantu siasatan.

Ketiga-tiga kontena bersama lori yang digunakan turut disita.

Kontena pertama ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap.

Pemeriksaan menemukan 73,200 tin minuman keras jenis bir bernilai RM631,075.50 termasuk duti kastam.

Pemeriksaan ke atas kontena kedua dan ketiga di sebuah gudang masing-masing di Sungai Jawi dan Perai pula menemukan lebih 20 juta batang rokok pelbagai jenama.

Rokok itu dianggar bernilai lebih RM21.24 juta termasuk duti kastam.

Rohaizad berkata siasatan awal mendapati semua kontena berkenaan tiba di Pelabuhan Butterworth Utara (NBCT) dari Singapura.

Kontena-kontena itu gagal membuat pengisytiharan terhadap barangan yang dibawa.

“Kesemua rokok dan minuman keras itu dipercayai untuk pasaran tempatan namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata rokok dan minuman keras itu diklasifikasikan sebagai barangan larangan import.

Individu terlibat sedang dikenal pasti termasuk kemungkinan wujud penglibatan orang dalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings