Monday, November 10, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan Kedah 2026 RM1.33 bilion, defisit RM99 juta

Kerajaan Kedah bentang Belanjawan 2026 bernilai RM1.33 bilion dengan defisit RM99 juta, fokus kepada agenda pembangunan negeri

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM1.33 bilion untuk pengurusan dan pembangunan negeri.

Defisit belanjawan dianggarkan pada 11.81% atau RM99 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata peruntukan melibatkan perbelanjaan mengurus, Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, Kumpulan Wang Pembangunan Hutan dan Kumpulan Wang Bekalan Air.

“Bajet negeri Kedah 2026 ialah bajet tahun pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan masih meneruskan agenda Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan The Greater Kedah 2050,” katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Kerajaan negeri menganggarkan hasil sebanyak RM838 juta untuk tahun 2026, meningkat RM48 juta berbanding anggaran 2025.

Anggaran hasil kutipan dibahagikan kepada hasil tanah (RM554.81 juta), pelbagai hasil (RM232.88 juta), hasil hutan (RM33 juta) dan hasil daerah (RM17.31 juta).

Peruntukan perbelanjaan mengurus 2026 sebanyak RM937 juta dengan kenaikan RM47.1 juta atau 5.29%.

Daripada jumlah ini, RM91.4 juta diperuntukkan sebagai Caruman Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

Pecahan perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan tanggungan (RM87.33 juta) dan perbelanjaan bekalan (RM849.67 juta). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories