the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi tanggung kos pindah keluarga mangsa kebakaran di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil akan menanggung kos perpindahan 14 keluarga mangsa kebakaran di Pantai Dalam ke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik DBKL.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Saya telah menziarahi keluarga terlibat yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa pejabatnya turut menerima sumbangan daripada TNB untuk membantu keluarga terjejas.

DBKL juga akan menanggung bayaran sewa enam bulan pertama bagi semua keluarga mangsa kebakaran.

“Pejabat saya akan terus berhubung dengan keluarga ini bagi memastikan mereka tahu cara mendapatkan kunci untuk berpindah,” jelas Fahmi.

Beliau menegaskan semua cagaran yang dikenakan oleh DBKL akan ditanggung sepenuhnya olehnya.

“Saya berharap kita semua dapat mendoakan agar mereka terus tabah dan mampu bangkit semula,” ujarnya.

Kebakaran pada 8 Ogos lepas telah memusnahkan 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan 80 peratus kawasan perumahan dan premis kedai musnah dalam kejadian itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings