the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki larikan tiga telefon bimbit bernilai RM8,000 di Kuantan

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai warga asing berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan tiga telefon bimbit bernilai kira-kira 8,000 ringgit di sebuah kedai telefon di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kejadian pada 8:45 malam itu berlaku ketika suspek yang memakai jaket berwarna maroon dan pelitup muka berpura-pura melihat telefon bimbit jenama iPhone yang dipamerkan sebelum melarikan diri bersama tiga unit telefon berkenaan.

“Jurujual kedai cuba mengejar suspek namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan pihak polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5652222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Ashari turut menasihatkan peniaga agar lebih berwaspada selain memastikan tahap keselamatan di premis masing-masing dalam keadaan baik bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings