the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut dilanggar tren di Chemor, identiti belum dikenal pasti

IPOH: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada KTMB selepas pemandu tren mendengar dentuman kuat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi ketika tren dalam perjalanan dari Ipoh ke arah utara.

Pemandu tren tidak dapat mengenal pasti objek dilanggar disebabkan keadaan gelap dan berkabus ketika kejadian.

Pemeriksaan di lokasi menemukan serpihan anggota badan manusia bersama barangan peribadi dipercayai milik mangsa.

Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta pasukan patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai berjantina lelaki berdasarkan pakaian dan cebisan anggota badan yang ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk proses bedah siasat.

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Identiti sebenar mangsa masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Polis menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Safrizal Mohd Saad.

Mereka boleh menghubungi talian 017-3446 790, Balai Polis Chemor atau Ibu Pejabat Polis Ipoh untuk tujuan pengecaman mangsa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings