the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia zahir sokongan kepada mangsa banjir di Pakistan dan India

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan solidariti bersama penduduk Pakistan dan India yang kini berdepan banjir besar sehingga meragut ratusan nyawa serta memaksa ribuan keluarga berpindah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut merasai kesedihan mangsa, lebih-lebih lagi apabila melihat kediaman dihanyutkan arus, keluarga meratapi kehilangan orang tersayang, dan petugas penyelamat berkorban nyawa dalam keadaan berisiko demi menyelamatkan mangsa.

“Dalam waktu sukar ini, rakyat Malaysia bersatu menyokong semua yang terjejas. Kami berkongsi kesedihan anda, dan mendapat kekuatan daripada keberanian, rasa belas kasihan, serta ketabahan yang ditunjukkan ramai pihak di barisan hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata doa dan ingatan rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka yang sedang meratapi kehilangan serta yang masih mencari harapan di sebalik tragedi itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings