the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penutupan jalan di Seremban sempena raptai Hari Kebangsaan 31 Ogos

SEREMBAN: Beberapa jalan di sekitar bandar ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada sesi raptai dan acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini di pentas utama di Padang Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan bermula esok, Jumaat dan Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata penutupan dan lencongan jalan akan bermula esok 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 6 pagi hingga 12 tengah hari (Jumaat dan Ahad).

“Perarakan dan perbarisan akan melalui Jalan Berhala (kuil), Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Jalan Dato’ Bandar Tunggal,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Oleh itu, jalan yang terlibat akan ditutup termasuk Lorong Jawa, Jalan Lee Kee Seong dan bulatan Istana.”

“Sebagai alternatif, pengguna jalan raya boleh melalui Jalan Tunku Munawir, Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan, Jalan Dato Abdul Malek, Jalan Dato Abdul Kadir dan Jalan Tun Abdul Said,“ katanya.

Beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan tersebut pada waktu dinyatakan serta disaran mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik bertugas.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033477 atau 06-6014999. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings