the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Singapura tarik balik campuran salad Australia kerana bakteria

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menarik balik campuran salad yang diimport dari Australia selepas ujian mengesan tahap bakteria Bacillus cereus melebihi had yang dibenarkan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, agensi itu mengenal pasti produk berkenaan sebagai Coolibah Herbs Gourmet Salad Mix dan memaklumkan proses penarikan balik masih dijalankan. Pengguna yang telah membeli produk itu dinasihatkan supaya tidak memakannya.

Mereka yang sudah memakan campuran salad berkenaan dan bimbang mengenai kesihatan dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan, tambah SFA.

Bacillus cereus, sejenis bakteria yang lazim ditemui dalam persekitaran serta usus serangga dan mamalia, adalah penyebab biasa keracunan makanan. Antara gejala termasuk loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit – BERNAMA-XINHUA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings