the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan dan Lamag

BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan dan Lamag walaupun yakin ada kelebihan, kata Ahmad Maslan susulan kematian Bung Moktar

KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) tidak mengambil mudah saingan yang bakal dihadapi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata ia susulan terdapat calon dikenali yang diketengahkan parti lain pada kedua-dua PRK berkenaan.

Beliau yakin BN mempunyai kelebihan namun menegaskan untuk tidak terlalu yakin.

“BN mungkin mempunyai kelebihan dalam memperoleh undi simpati atas pemergian bekas Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, namun jangan terlalu yakin.”

“Kami bukan ingin meraih undi simpati atas kematian… tetapi saya kira, tidak ada gunanya kita tukar kepada parti lain kerana sebelum ini parti yang menang di kedua-dua kerusi adalah BN.”

“Berilah peluang kepada dua calon anak muda untuk mengekalkan kemenangan BN,“ katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Pakej Kerja 25 Projek Lebuhraya Pan Borneo.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar pada 5 Disember lepas.

Anak kepada Allahyarham Bung Moktar, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha dipertaruhkan di DUN Lamag.

Parti Warisan menamakan bekas ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Ahli Majlis Tertinggi parti itu Mazliwati Abdul Malek dinamakan sebagai calon bagi DUN Lamag.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan.

Hari pengundian ditetapkan pada 24 Januari manakala pengundian awal pada 20 Januari.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

Starlight Centre Launches New Program For Students with Autism Entering Mainstream Primary Schools.

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 9 January 2026 - Starlight Centre has launched a new program designed for students with autism entering mainstream primary schools, including Pathlight and St. Andrew's Mission School, next year.
spot_img

Popular Categories