the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN yakin pada landasan terbaik meskipun calon underdog – Zahid

BN yakin mendapat sokongan pengundi dalam PRN Sabah meskipun calon dianggap underdog, kata Ahmad Zahid dalam kempen terakhir pilihan raya

KIMANIS: Barisan Nasional (BN) yakin berada pada landasan terbaik untuk meraih sokongan pengundi menjelang pusingan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan turun menyantuni pengundi secara konsisten memberikan impak positif terhadap penerimaan masyarakat.

“Calon-calon BN ialah calon-calon ‘underdog’ dan kita bekerja dengan kaedah untuk menyantuni para pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sentuhan Kasih Desa @ Bongawan di sini hari ini.

Beliau yakin kerja-kerja yang telah dilakukan memuaskan hati pengundi sasaran BN.

Ahmad Zahid berkata jentera BN sedang memperkemas gerak kerja terakhir bagi memastikan sokongan kekal kepada parti itu utuh sehingga hari pengundian.

“Kita harap di last lap atau pusingan yang terakhir ini, kita tidak mengalami sebarang masalah untuk memenangi kerusi-kerusi yang menjadi sasaran kemenangan kepada kita,” ujarnya.

Beliau membimbangi usaha pihak lawan menarik pengundi BN pada saat akhir.

“Dicuri oleh parti lain umpamanya … supaya tidak berlakulah,” katanya.

Ahmad Zahid meminta pengundi BN kekal istiqamah, konsisten dan tetapkan pendirian.

“Kerana kalau mereka mahu dan rindu kepada BN, maka teruslah untuk mengundi calon-calon yang mewakili Barisan Nasional,” tegasnya.

Mengenai kehadiran bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam program bersama pengundi di Sabah, Zahid berkata ia tidak menimbulkan isu kerana dibuat atas kapasiti peribadi.

Beliau berkata penglibatan KJ dalam sesi dialog dan program santai adalah hak individu yang ingin memberikan sokongan kepada rakan politik atau calon tertentu.

BN bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRN kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories