the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

CUEPACS desak semakan kadar COLA selaras kos sara hidup

CUEPACS mahu kadar COLA disemak semula dan disamaratakan bagi semua penjawat awam selaras peningkatan kos sara hidup semasa

KUALA NERUS: Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada penjawat awam perlu disemak semula bagi memastikan ia selaras dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat berkata kadar semasa tidak lagi relevan khususnya pembayaran COLA yang masih dibahagikan kepada tiga peringkat tertakluk lokasi penempatan.

“Sepatutnya hendaklah disamaratakan (COLA) kerana kosnya (kos sara hidup) adalah sama, barangan sama yang dijual pada harga yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Inspirasi Reformasi Pembantu Tadbir MADANI Negeri Terengganu 2025.

Beliau menegaskan keperluan untuk menyamaratakan bayaran tersebut perlu dibuat semula, dilihat semula dan ditingkatkan semula agar bersesuaian dengan kedudukan kos sara hidup sekarang.

Adnan berkata penilaian semula kadar bayaran itu sedang diusahakan menerusi perjumpaan dengan pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus dipelihara.

“Itu yang telah kami suarakan (penilaian semula COLA) dan dimaklumkan ia adalah fasa berikutnya,” katanya.

Beliau berkata CUEPACS kini meneliti fasa berikutnya itu bagi membolehkan mereka membuat persediaan awal terhadap cadangan-cadangan balas yang akan diketengahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sementara itu, Adnan berkata pihaknya masih memperjuangkan isu lantikan tetap melibatkan kakitangan kontrak termasuk melakukan rundingan bersama pihak kerajaan.

“Dalam perjuangan kami, kami mahu mereka ini diberikan jawatan tetap,” katanya.

Beliau menjelaskan pada masa akan datang, jawatan tetap ini akan dipanggil jawatan lantikan tetap bercarum.

“Kami berpendapat lantikan tetap bercarum ini tidak akan membebankan kerajaan, sebaliknya boleh membuka lebih banyak ruang perjawatan baharu,” katanya.

Adnan menekankan keutamaan sewajarnya diberi kepada pekerja kontrak sedia ada yang sudah lama berkhidmat serta menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

“Jadi mereka (pekerja kontrak) ini tidak perlu risau dan hanya menunjukkan prestasi serta kebolehan masing-masing, agar mereka boleh dipertimbangkan (diserap tetap),” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings