the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hak bumiputera dilindungi dalam perjanjian ART Malaysia-AS

Tengku Zafrul pastikan hak bumiputera tidak terjejas dalam ART, cabar pihak tunjukkan klausa beri status bumiputera kepada syarikat AS

KUALA LUMPUR: Hak bumiputera merupakan salah satu garisan merah yang sentiasa dilindungi dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan hak bumiputera langsung tidak terjejas dalam perjanjian tersebut.

“Saya nak cabar (pihak yang mendakwa) untuk mengemukakan klausa khusus yang memberikan syarikat AS status bumiputera dalam ART,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai ART Malaysia–AS.

Beliau mengulas dakwaan segelintir pihak kononnya perjanjian ART memberikan status bumiputera kepada syarikat AS.

Tengku Zafrul turut menafikan dakwaan bahawa ART menggadai kedaulatan negara.

Katanya kerajaan Malaysia dan AS menekankan nilai kebersamaan termasuk komitmen terhadap kedaulatan, kemakmuran ekonomi dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.

“Ini bermakna kedua-dua kerajaan komited untuk menegakkan kedaulatan masing-masing berdasarkan hubungan ekonomi dua hala yang utuh dan juga kekal.

“Oleh itu, apabila kita membaca semua klausa dalam perjanjian ini, perlu mengambil kira bahawa ia mesti menegakkan kedaulatan (negara) masing-masing.

“Itu sebabnya, jangan membaca perjanjian ini sekerat-sekerat, perlu baca secara keseluruhan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings