the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bom lama 227 kg ditemukan di tapak projek di Jasin

Bom lama seberat 227 kilogram ditemui pekerja di tapak projek di Kampung Air Panas, Bemban, Jasin dan dijadual dimusnahkan mengikut SOP

JASIN: Sebiji bom lama seberat 227 kilogram ditemukan di sebuah tapak projek di Kampung Air Panas, Bemban di sini.

Ketua Polis Daerah Jasin Superintendan Lee Robert berkata bom berkenaan ditemukan oleh seorang pekerja lelaki berusia 52 tahun semasa menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah kira-kira 3 petang semalam.

“Siasatan awal oleh Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin mengesahkan objek berkenaan ialah sejenis aerial bomb seberat 227 kg, berdiameter antara 27 hingga 36 sentimeter dan sepanjang 1.14 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bom yang telah berkarat itu dijadualkan untuk dimusnahkan hari ini mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Pemusnahan itu adalah bagi memastikan keselamatan orang awam serta kawasan sekitar.

Lee turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta menjejaskan ketenteraman awam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories