the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bomba Melaka kompaun 29 kes halang pili bomba

JBPM Melaka keluarkan 29 kompaun bernilai RM2,900 sejak Januari hingga Oktober kerana halang akses pili bomba yang boleh lewatkan operasi.

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengeluarkan 29 kompaun terhadap individu yang menghalang atau mengganggu kedudukan pili bomba.

Pengarah JBPM Melaka Mohd Zaidi Ma’at berkata kompaun bernilai RM2,900 itu dikeluarkan sejak 1 Januari hingga 31 Oktober lepas.

“Kompaun dengan nilai keseluruhan RM2,900 itu dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dan individu yang meletakkan kenderaan atau objek lain menghalang pili bomba,” katanya.

Beliau menjelaskan 19 kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 manakala 10 lagi di bawah Seksyen 55 akta sama.

Mohd Zaidi menegaskan halangan terhadap pili bomba akan menyukarkan anggota bomba mendapatkan sumber air untuk operasi pemadaman.

“Pili bomba yang dihalang akan menyebabkan lewat masa pemadaman dan penyelamatan nyawa atau harta benda,” katanya.

Terdapat kira-kira 18,000 pili bomba di Melaka dengan lebih 2,000 dimiliki pihak swasta manakala selebihnya milik awam.

JBPM Melaka mempergiat Program Teman Pili Bomba dalam kalangan komuniti setempat bagi memastikan pili bomba sentiasa dalam keadaan baik.

“Setakat ini, lebih 4,000 individu telah berdaftar sebagai Teman Pili Bomba namun jumlah itu sangat rendah berbanding jumlah pili bomba yang ada,” katanya.

Teman Pili Bomba berperanan memantau, melapor kerosakan dan mencegah berlakunya vandalisme terhadap pili bomba.

JBPM juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan kerja penurapan jalan tidak menimbus pili bomba bawah tanah.

Kerjasama ini penting bagi memastikan anggota bomba tidak sukar mengesan sumber air ketika operasi memadam kebakaran.

Semua balai bomba di negeri itu juga diarah mengemas kini pelan prarancang kebakaran bagi premis berisiko seperti kilang dan bangunan tinggi.

Pelan terkemas kini membolehkan penggunaan prosedur operasi standard yang lebih spesifik dilaksanakan dengan baik ketika kecemasan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

PDAM backs enforcement on foreign vehicles misusing RON95

The Petrol Dealers Association of Malaysia supports new enforcement against foreign vehicles misusing subsidised RON95 petrol from April 1, calling for fair and practical measures.

Vincom Retail Launches Vincom Collection – A Next Generation Multi-Experience Commercial Town Model

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - Vincom Retail Joint Stock Company officially introduces Vincom Collection, a curated commercial town brand line developed as a next generation multi-experience model, located within Vinhomes' mega urban developments and key tourism destinations nationwide.
spot_img

Popular Categories