the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pempengaruh didenda RM40,000 kerana hantar video jelik eksploitasi gelandangan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang pempengaruh didenda RM40,000 oleh mahkamah di Kuantan kerana muat naik video jelik eksploitasi gelandangan dengan memberi sisa makanan.

KUANTAN: Seorang pempengaruh media sosial didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran video jelik menerusi media sosial.

Video itu memaparkan tiga remaja lelaki memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

Tang Sie Luk, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda, namun Tang membayar denda tersebut.

Lelaki itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melampau dengan niat untuk menganiayai mana-mana orang.

Hantaran itu dilihat di Pusat Khidmat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di Lorong Sekilau 58, Jalan Haji Ahmad, kira-kira 12 tengah hari pada 4 Ogos 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Seksyen 233 (2) AKM 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dan memaklumkan telah insaf atas kesalahan selain sudah membuat permohonan maaf.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab memohon hukuman berat sebagai pengajaran.

“Mangsa sendiri telah mengatakan terasa dihina dan marah akibat perbuatan OKS,” katanya.

Beliau menambah perbuatan memberi sisa makanan kepada mangsa bukan bertujuan kebajikan, sebaliknya dilakukan dalam konteks rakaman video bagi kandungan media sosial.

“Yang jelas menunjukkan unsur eksploitasi penderitaan manusia demi hiburan, perhatian dan tontonan awam,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, OKS yang juga individu yang berada dalam video tersebut dan memberi tulang ayam kepada seorang gelandangan di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.

Beliau mengesahkan telah muat naik kandungan berkenaan menggunakan peranti komunikasi miliknya.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi lebih satu minit memaparkan kejadian itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings