the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang Monsun Timur Laut

JBPM laksanakan 8,337 operasi pemantauan banjir di seluruh negara sejak November, bantu kurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda.

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 November hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi tindak balas banjir sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026 telah dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu.

“Pemantauan rapi, pengoperasian pusat pemindahan sementara serta pelaksanaan pemindahan mangsa membantu mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sumbangan Kebajikan anjuran Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM Kelantan.

Terdahulu, Ahmad Izram menyempurnakan majlis penyerahan kunci dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad.

Van jenazah bernilai keseluruhan RM439,000 itu diserahkan kepada JBPM Kelantan dan JBPM Negeri Pulau Pinang.

“Diharapkan sumbangan bernilai ini dapat dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan sehingga Disember 2025 adalah 553 orang.

Ini mewakili 83.7% ahli berdaftar dan diharap dapat ditingkatkan kepada 90% pada tahun ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Shopee Illustrates How Content Creators Help Malaysians Ring in CNY with Style

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - As Malaysians gear up for Chinese New Year, Shopee CNY Sale showcases how local content creators are helping shoppers celebrate the season with style, meeting evolving needs for trend-conscious, affordable, and easily curated festive looks.

Axis Quant AI Introduces Intelligent Algorithmic Trading to the Crypto Market via API Integration

MEXICO CITY, MEXICO - Media OutReach Newswire - 29 January 2026 - As large AI models accelerate toward commercial application, intelligent algorithmic trading has made breakthrough progress in financial markets.

Malaysia kekal pusat kompetitif pemasangan kenderaan eksport

Timbalan Menteri MITI nyatakan ekosistem automotif Malaysia, dengan 640 vendor dan tenaga kerja mahir, kukuhkan kedudukan negara sebagai hab pemasangan kenderaan bernilai tinggi dan berorientasikan eksport.
spot_img

Popular Categories