the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba selamatkan empat lelaki terperangkap dalam banjir

Empat lelaki diselamatkan bomba selepas kenderaan mereka terperangkap dalam banjir di Niah, manakala 375 penduduk rumah panjang dipindahkan akibat air naik.

MIRI: Pasukan bomba menyelamatkan empat lelaki selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terperangkap dalam banjir di Jalan Penerangan, Sepupok, Niah.

Panggilan kecemasan diterima pada 9.09 pagi sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah digerakkan ke lokasi.

Tiga rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia berusia antara 26 dan 44 tahun ditemui berada di atas kenderaan mereka.

Mangsa yang berada di kawasan itu atas urusan tugas syarikat kemudian dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan bot bomba.

Dalam kejadian berasingan, sebanyak 375 penduduk dari Rumah Aron Skim dan Rumah Lumpoh di Sepupok turut dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.30 tengah malam.

Enam anggota bomba kemudian digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 11 kilometer.

Pasukan bomba mendapati dua rumah panjang bersebelahan itu dinaiki air banjir dan operasi pemindahan mangsa dilakukan.

Mangsa dihantar ke rumah saudara-mara masing-masing dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 119 adalah penghuni Rumah Lumpoh manakala 256 dari Rumah Aron Skim.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings