Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan menyiasat dua laporan oleh bekas Panglima Tentera Darat berhubung dakwaan kebocoran dokumen dan fitnah.
KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung dua laporan polis yang dibuat bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan perkara itu hari ini.
“Kita ada terima laporan berkaitan perkara terbabit, isi kandungan dan siasatan diambil alih oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya.
Muhammad Hafizuddeain membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Laporan itu berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit perbankan serta penyebaran kenyataan tidak benar yang didakwa bersifat fitnah.
Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil terhadap institusi perbankan dan individu terbabit.








