the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bursa malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 minggu depan

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementara menunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran dijangka memberi tumpuan kepada beberapa petunjuk ekonomi penting, seperti indeks harga pengguna (IHP) China bagi bulan Mei, indeks harga pengeluar (IHPR) dan data penganggurannya.

Selain itu, katanya, pelabur juga akan memantau angka IHP dan IHPR Mei Amerika Syarikat (AS) dan pengeluaran perindustrian Zon Eropah bagi bulan April.

“Di dalam negara, kekurangan berita yang menggerakkan pasaran telah mengekalkan indeks utama pada paras stabil dan trend ini dijangka berterusan pada minggu akan datang,“ katanya.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pelabur juga akan memantau kadar pengangguran di Korea Selatan, semakan semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama Jepun dan angka IHP India – yang mana kesemua faktor-faktor ini boleh mempengaruhi sentimen di seluruh rantau.

Walaupun agak sukar membuat unjuran ketika ini, beliau berkata risiko penurunan FBM KLCI mungkin sebahagiannya diimbangi oleh harga saham yang lebih rendah daripada nilai dan pengukuhan berterusan ringgit.

“Namun begitu, walaupun harga rendah saham Malaysia yang menawarkan penilaian menarik pada masa ini, ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS boleh meningkatkan kos kemasukan pelabur asing, yang berpotensi meningkatkan premium risiko berikutan pengurangan daya saing sektor berorientasikan eksport,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah disebabkan terutamanya pengambilan untung berikutan sentimen berhati-hati terhadap rundingan AS-China dan kekurangan angka ekonomi positif daripada kedua-dua kuasa utama ekonomi dunia itu.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin, 2 Jun, 2025, sempena hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, indeks petunjuk pasaran susut 27.03 mata kepada 1,508.35 daripada 1,508.35 pada minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas menokok 55.54 mata kepada 11,355.34, Indeks FBMT 100 menambah 62.69 mata kepada 11,123.69, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 72.96 mata kepada 11,329.22, Indeks FBM 70 menokok 95.06 mata kepada 16,296.57. Bagaimanapun Indeks FBM ACE turun 31.71 mata kepada 4,519.32.

Merentas sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 132.23 mata kepada 17,708.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.85 mata kepada 150.80 dan Indeks Tenaga meningkat 10.41 mata kepada 718.45.

Indeks Perladangan meningkat 45.00 mata kepada 7,252.85, bagaimanapun Indeks Penjagaan Kesihatan menyusut 22.81 mata kepada 1,794.14.

Jumlah dagangan susut kepada 9.80 bilion unit bernilai RM8.18 bilion daripada 14.80 bilion unit bernilai RM12.78 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 4.50 bilion unit bernilai RM7.21 bilion daripada 7.21 bilion unit bernilai RM11.50 bilion.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 4.07 bilion unit bernilai RM533.43 juta daripada 5.90 bilion unit bernilai RM721.75 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 1.22 bilion unit bernilai RM432.22 juta daripada 1.66 bilion unit bernilai RM543.90 juta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings