the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan cukai karbon Malaysia tidak halang pelabur – PM Anwar

PARIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa cadangan pelaksanaan cukai karbon yang sedang dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia ketika ini tidak akan menjadi halangan kepada pelabur.

Anwar berkata beliau sedar bahawa trend ke arah penyahkarbonan hari ini telah menjadi satu tarikan dan perhatian utama.

“Namun saya fikir kita perlu lebih realistik. Cukai karbon yang dicadangkan tidak seharusnya dilihat sebagai terlalu bermasalah yang boleh menjejaskan syarikat yang melabur,” kata beliau semasa sesi soal jawab pada Mesyuarat Meja Bulat dengan Pemimpin Industri di Paris, ibu kota Perancis pada Jumaat.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

Anwar, yang berada di sini sempena lawatan rasmi selama dua hari ke negara ini berkata pelaksanaan cadangan itu perlu dilakukan dengan teliti dan secara berperingkat.

“Kami sedang memuktamadkannya untuk tempoh beberapa bulan akan datang,“ kata beliau sambil menambah cadangan cukai itu disasarkan terlebih dahulu terhadap sektor yang menjadi penyumbang terbesar pelepasan karbon.

Menurut beliau, walaupun industri minyak sawit merupakan sektor penting bagi Malaysia, sebarang perladangan baharu di tanah gambut telah dihentikan kerana pelepasan karbonnya yang tinggi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai karbon pada 2026, khususnya disasarkan kepada industri besi, keluli dan tenaga.

“Ia adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan untuk menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dan mencapai matlamat pengurangan pelepasan karbon,” kata beliau.

Pemimpin industri yang menghadiri sesi Meja Bulat bersama Perdana Menteri memuji usaha kerajaan menyediakan iklim pelaburan yang baik di Malaysia.

Mengenai pelancongan, Anwar berkata jumlah pelancong dari Perancis yang melawat Malaysia telah meningkat dengan ketara.

“Kita ada penerbangan terus dari Paris sekarang. Anda boleh berenang sepanjang tahun (di negara kami) kerana iklim kami yang panas lembap,“ katanya berseloroh, sambil memaklumkan laluan Kuala Lumpur-Paris yang baru diperkenalkan oleh Malaysia Airlines.

Anwar juga memberi jaminan kepada syarikat Perancis yang merancang untuk melabur di Malaysia atau rantau ASEAN bahawa kedua-duanya merupakan antara ekonomi dan rantau paling pantas berkembang dan dinamik di dunia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings