the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dasar Industri Pertahanan Negara dilancar awal tahun depan

Dasar Industri Pertahanan Negara akan dilancar awal 2025 untuk perkasa sektor pertahanan tempatan dan kurangkan kebergantungan aset luar.

RIYADH: Dasar Industri Pertahanan Negara dijangka dilancarkan pada awal tahun depan bagi memperkukuh sektor berkenaan melalui inovasi serta kemajuan teknologi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui Bernama memaklumkan bahawa dasar itu telah diluluskan di peringkat Kabinet.

“Kita juga akan mempelajari dan meneliti pendekatan yang dilaksanakan oleh negara lain termasuk Arab Saudi,” katanya di sini, pada Rabu.

Dasar Industri Pertahanan Negara dirangka bagi memperkasa keupayaan pertahanan dengan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekalan aset dari luar negara.

Usaha itu termasuk memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan, memperkasakan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) sebagai badan penyelidikan di bawah Kementerian Pertahanan, serta memastikan pelaksanaan pemindahan teknologi dalam setiap perolehan.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyatakan hasrat Malaysia untuk mempelajari model pembangunan industri pertahanan Arab Saudi, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor berkenaan.

Beliau berkata lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) pada Rabu membuka peluang kepada Malaysia untuk meneliti pendekatan serta model yang digunakan dalam membangunkan keupayaan pertahanan negara.

SAMI ditubuhkan pada 2017 bagi memperkukuh strategi industri pertahanan Arab Saudi melalui penyetempatan pembuatan ketenteraan dan pembangunan sistem pertahanan termaju, selaras dengan matlamat Wawasan Saudi 2030.

Operasi SAMI merangkumi lima sektor utama, iaitu penerbangan dan angkasa lepas, sistem pertahanan, elektronik canggih, sistem darat dan sistem marin.

Sejak penubuhannya, SAMI telah mencapai beberapa pencapaian penting yang menyumbang kepada peningkatan kemampuan pertahanan Arab Saudi menerusi teknologi termaju dan pembangunan bakat tempatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Kerajaan Madani laksana projek ikut keperluan rakyat, bukan politik

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menegaskan projek pembangunan dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan pertimbangan politik, bagi memastikan manfaat dirasai semua.

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories