the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dasar keutamaan bumiputera kekal dalam perjanjian dagang Malaysia-AS

Tengku Zafrul pastikan dasar keutamaan bumiputera tidak terjejas dalam Perjanjian ART, kekal sebagai garis merah kerajaan

KUALA LUMPUR: Dasar keutamaan bumiputera terus diamalkan dan tidak terjejas dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan perkara itu jelas termasuk dalam tanggungjawab awam.

Beliau menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dasar tersebut terjejas akibat perjanjian tersebut.

“Hak bumiputera kekal menjadi garis merah yang dipertahankan oleh kerajaan dalam rundingan berkenaan,” katanya.

Pihak tertentu memetik Artikel 6.2 yang menyatakan syarikat milik kerajaan perlu bertindak mengikut pertimbangan komersial.

Tafsiran mereka mendakwa syarikat kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan dasar seperti keutamaan vendor bumiputera.

“(Ini) tak betul, (sebab) ada klausa lain yang memberi pengecualian bagi tujuan memenuhi tanggungjawab awam,” jelas Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman X.

Klausa pengecualian membenarkan Malaysia memberikan bantuan bukan komersial untuk mencapai tanggungjawab awam.

Tanggungjawab awam syarikat milik kerajaan adalah menyokong pembangunan bumiputera.

Ini memastikan nikmat kemajuan ekonomi dapat dirasai bersama oleh semua pihak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Galaxy Macau Welcomes UFC’s Epic Return This May

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 -Galaxy Macau, together with the world's premier mixed martial arts (MMA) organisation, UFC, is thrilled to announce that the Octagon will make its highly anticipated return to the award-winning luxury resort with three consecutive days of competition from May 28 to 30, culminating in UFC FIGHT NIGHT® MACAU, live from Macau's largest indoor venue, Galaxy Arena.
spot_img

Popular Categories