the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dasar perbaiki kedudukan fiskal, kerangka Ekonomi MADANI beri keyakinan kepada pelabur – Amir Hamzah

JOHOR BAHRU: Dasar memperbaiki kedudukan fiskal negara dan kerangka Ekonomi MADANI telah memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding unjuran awal sebanyak 5.8 peratus.

“Apabila kita ada kerangka Ekonomi MADANI yang jelas dan semua orang boleh lihat apakah hala tuju ekonomi negara, pelabur pun nampak apa yang mereka mahu jika masuk ke Malaysia.

“Kita menerima banyak pelaburan asing yang masuk ke Malaysia dan ini mula merancakkan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Program MADANI Rakyat Zon Selatan telah diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Ia menjadi ruang bagi kerajaan memaklumkan dan menguar-uarkan pencapaian serta manfaat Ekonomi MADANI kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan komitmen berterusan dalam memperkasakan rakyat, usahawan dan industri.

Mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Amir Hamzah berkata pelarasan gaji yang diumumkan semalam diharap dapat mendorong kakitangan awam untuk memperbaiki mutu dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Beliau berharap penjawat awam akan lebih komited untuk membuat perubahan dan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat susulan penambahbaikan terhadap sistem saraan tersebut.

“Ini adalah situasi menang-menang. Penjawat awam dapat kenaikan dari segi pelarasan dan rakyat akan dapat kebaikan kerana usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Anwar turut mengumumkan Reformasi Perkhidmatan Awam iaitu meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings