the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DBKL teliti semula SOP atasi banjir kilat di ibu kota – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi masalah banjir kilat di ibu negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata DBKL akan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengambil langkah terbaik bagi menangani bencana alam itu.

“Saya juga telah dimaklumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif) bahawa DBKL juga sedang mengenal pasti kawasan hotspot banjir kilat,” katanya pada sidang media mengenai kejadian bencana di ibu kota di Menara 1 DBKL di sini hari ini.

Mengulas banjir kilat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis lepas, Dr Zaliha berkata kejadian itu berlaku susulan kadar hujan yang terlalu tinggi menyebabkan kenaikan air begitu pantas.

Sebelum ini, dilaporkan sebahagian besar kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di WTCKL ditenggelami air sedalam hampir setengah meter akibat hujan lebat dan kira-kira 50 kenderaan diletakkan berdekatan Sungai Gombak turut terjejas.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata insiden tanah runtuh yang berlaku di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang pada Khamis lepas disebabkan masalah struktur tanah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata DBKL serta agensi berkaitan memantau secara lebih dekat dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara itu.

“Kita juga akan melakukan beberapa ujian terhadap struktur tanah supaya tindakan lebih mampan diambil bagi memastikan keselamatan di kawasan itu. Ini (langkah) buat sementara yang kita sedang lakukan,” katanya.

Dalam kejadian itu, hujan lebat berterusan menyebabkan sebahagian dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya berhampiran Kem Wardieburn runtuh sehingga menjejaskan sebuah rumah.

Seramai 52 penduduk melibatkan 17 buah rumah teres di lokasi berkenaan juga diarahkan berpindah serta-merta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings