the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan pacuan empat roda langgar kereta di Tangkak

Dua wanita maut, dua lagi cedera selepas pacuan empat roda hilang kawalan langgar kereta di Tangkak akibat terlanggar kerbau yang melintas jalan

TANGKAK: Dua wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta di sini.

Kejadian berlaku di KM33 Jalan Kebun Baru-Bukit Serampang pada pukul 8.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata kemalangan itu berlaku selepas sebuah Mitsubishi Triton hilang kawalan akibat terlanggar seekor kerbau yang sedang melintas.

Kenderaan pacuan empat roda itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta Honda City yang membawa empat sekeluarga.

“Kemalangan menyebabkan penumpang hadapan kereta, iaitu wanita warga emas 74 tahun maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta berusia 42 tahun pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak.

Dua lagi penumpang kereta dan pemandu pacuan empat roda itu turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong to host 2026 INTERPOL General Assembly

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 January 2026 - Hong Kong is set to host the 94th INTERPOL General Assembly later this year, bringing global police chiefs from around the world to the city and highlighting Hong Kong's strategic importance in global policing.
spot_img

Popular Categories